Subscribe:

::211010::

mari kita lihat ape yang terjadi on 211010
supposely kami ada interview di MISC, Pulau Indah, Klang.
kami gerak awal--untuk pastikan kami smpai ontime.
tapi malang tidak berbau
--ini owner kereta, nama dia seema. tgk muka dia!!
 



taw x ni area mana??area SUNWAY!
kereta yang lalu lalang mmg byk gile!
tapi xda sape pon yg nk tlg ktorg. oh!lupe..sblm 2 ad pakcik ni tlg. baik sungguh hati beliau! tapi malang masih bersama kami. kereta rosak buat kali ke-2!!
sume taw nk hon-hon je.bukan nak tlg! apalah orang KL ni!!!
 ni adalah dua mangsa yang terlibat. mereka sedang berusaha mendapatkan bantuan!
seema dan fiza rani. fiza rani pakai da lawa-lawa mcm nak p kenduri.last2 kne tolak kereta!haha. kesian anda!



ni pulak muka mereka selepas 2 jam berada di tepi jalan. seronok sbb ad org tolong.
thx to-->abg seema, abg naik ex5 dan juga pakcik pomen.
akhirnya kami berjaya sampai di pulau indah n wat interview gn jayanya!!
----------


 -->Kami selepas selesai interview!pheewww~

::211088::

 woott-wooottt--
semalam bday ak!yang ke-22.saya sudah bergelar young adult. selamat tinggal remaja!
meh cni,, imbas blk kehidupan saya~~
nama ak--NURHAFIZAH ASLAM. bday on--211088. pob--HBKL. pe lg eh???
:
:
:
aku anak perempuan tunggal yang tak pernah kenal erti bermanja. dr kecik hidup sendiri. cr sendiri apa yg ak nak n dapatkan sendiri apa yang ak perlukan.aku da macam anak lelaki tunggal kn?haha
aku xpernah kisah pon.aku dah terbiasa macam ni. jadi biarkan je ak mcm ni sampai bile-bile.
terbuang di daerah sendiri--hakhak


--->okok.yg atas ni gmbar time ak baby2 lg<--

 -->dua gambar ni lak time ak masih lg berhingus<--

muka aku macam xbanyak berubah kan? lebey kurang je. kire kalu kau penah kenal ak time ak kecik2, memang kau bole cm ak skrg even da lame xjmpa.siyes!
ok.cte pasal zaman kecik aku--
mak gn abah aku cite, dari kecik ak kerap sangat sakit.merata dorang bawak aku. nk ubatkan aku. tu sebab skrg, bile da besar-besar ni, kalau aku sakit aku xsuke bgtw family aku. aku sedar--aku da byk susahkan dorg dr dulu.[touching sekejap]
:
time kecik-kecik dorang sume panggil ak cengeng. ape bnde 2 pon aku tak taw. tp mak ckp sbb aku ni jenis kuat nangis dr kecik. sampai skrg pon cpt nangis.bnde kecik pon nangis cam mati laki!
haha.tapi siapa pon aku dulu xmencerminkan siapa aku skrg tw!
siapa sangka budak slow ni da msuk U. siapa sangka bdk cengeng ni da pndai hidup sndri. da nak kawen pon thn dpn![acah je]
whatever it is--i proud to be my self. thx to mak n abah.
yang sanggup membela dan memberi segala yang saya perlukan.
doakan saya konvo dlm usia 22 ni.
(^_^)v

::melayu::



Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.



Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu(Setelah disunat anunya itu)
 
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Sudahkah merdeka fikiran kita?

::kesayangan::



muke-muke kesayangan saya.
masa semakin suntuk!!!!
tinggal bape minggu je lagi sblm final
bulan 12 nt sume da bwk haluan msg2
sedih.T_T.

::enough::

:
:
aku.aku xpernah pon benci kat kau lah.cume aku da serik. cukup lah ape yang kau da buat tu. kau punce segalanya porak peranda. mungkin kau ada alasan kau sendiri. tapi, aku peduli ape. aku xnak tw pon sume tu.
kejam kan aku?
haha~~tp dia lg kejam siakk!
:
dah la.penat nak pk.
nway, padan muka kau. aku dah buang semua.mencanak la kau cr sndri pasni.
HAHAHA
seetttaaaaaannnnnn!
^_^