Subscribe:

Ramadhan 2012

Cepatnya masa berlalu. baru sekali update pasal kawen. gambar kawen pon tak sempat siap lagi, kami dah dapat berita tentang kehadiran junior kat dalam ni haa..Cepatkan masa berlalu?
June tahun lepas, aku dapat kerja yang pertama, oktober aku konvo. oktober gak kami buat keputusan untuk pergi ke peringkat yang lebih serious. alhamdulillah, lepas apa yang kami harungi june kami selamat dinikahkan. julai dah dapat berita dan kalau di izin Allah, Mac lahir lah tanggungjawap baru kami.
Excited. siapa yang tak seronok, usia muda dah nak dapat anak. ni lah harta aku. harta yang aku akan letakkan pelaburan tapi belum tentu dia bawa keuntungan. tp aku percaya Allah. Aku bagi yang terbaik, InsyaAllah akan dapat yang terbaik juga.
Ramadhan. pertama kali aku bergelar isteri. alhamdulillah semuanya baik. harap kekal berpanjangan sampai ke akhirnya.

Alhamdulillah.



Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz [aku syak laki aku hapal bende ni dah lama], aku sah menjadi isteri Mohd Jamal Zukarnain.


Muka suka dapat kawen. ishk3..


Muka cam kena paksa kawen la pulak. 


Apa- apa pon kami telah selamat diijab kabulkan. dah mula hidup sendiri dah pon. Allah saja yang dapat membalas jasa mereka yang banyak membantu kami. Doakan kesejahteraan hidup kami, doakan kami kekal hingga ke syurga, doakan kami dah tak gadoh2, doakan segala yang terbaik utk kami.
:')
Less than 2 months to go. alhamdulillah. semua semakin okay and macam dah kembali ke track masing-masing. kepala dah mula blur. muka dah mula pucat. tak tahu nak buat apa, nak comment apa. burrrrr~




muka- muka budak tak makan saman. nak kena jerit kuat2 baru diam. nak kena jamal cubit, baru nak tido. ni lah dia~


Gambar atas merujuk kepada percubaan pertama aku bawak bekal pergi kerja. Memandangkan dah nak kawen dan bakal suami meminta aku belajar masak (pas kawen nak bawak bekal hari2 katanya). so, itulah hasil nya.

Jamal cakap, esok tak payah bawak bekal dah. makan luar je. HAHAHA~



semoga ketabahan itu sentiasa bersama kita.:)

seriously aku terkejut bila dapat tahu ada sorang budak umur 18 tahun cuba bermain kasar dengan menggunakan ilmu tuju-tuju. adik oii, kau tu budak lagi, dah la takda SPM, jangan la sampai ilmu agama pon lansung takda. lagi terkejut bila dapat tahu mak dia yang ajar dia ilmu2 setan ni. nauzubillah~

Budak zaman sekarang memang pelik- pelik. 

buruk~

cerita kawen #1

time to be more serious. 29th February 2012. empat tahun sekali je dapat jempa tarikh ni. but nothing special to me sebab aku bukan lahir on this date. heee~


looks on the date. left another 3 months to go. but is it 3 months? aiyooo~ Seriously, tiba-tiba harini jadi gabra gila. semalam balik dari kerja, as usual, singgah rumah jamal and meet with umi. borak punya borak, tiba-tiba umi cakap pasal pilihanraya. Dari apa yang dicanang, pilihanraya is on June 2012. But date is not confirm yet but ada ura-ura mengatakan it will be held on 2nd June which is my majlis date! Then, aku macam pura-pura relex and cakap kat umi, "takpa, nanti fiza balik fiza bincang dengan mak abah macam mana...."


Balik bagitahu kat mak and dengan sempoi nya mak cakap, takpa lah. awalkan lah kalau macam tu. what the heckk? awal kan? ni yang ada lagi tiga bulan pon rasa macam tak sempat ada hati nak awal kan. aku dengan muka blur terus tido.


satu benda pon tak buat lagi ni weyh. oh ya, aku dah tukar ic sebenarnya. nak nikah punye pasal, sanggup aku tukar ic.hehe.

kerja


kerja yang tak penah nak habis. kecewa bila kita wat kerja macam nak mati, pastu orang just pandang sebelah mata. rasa macam "bodohnya aku niiii". lagi kecewa bila kita xwat pape kerja, tetibe bos puji melambung2. rasa macam "kenapa lah dapat bos bodoh macam niiiii"

2012, i wish for everything

2012..
i just want to be a better muslimah. nak jadi seorang yang sangat dekat dengan Allah. setiap tahun pon wish macam ni gak. tapi rasa macam tak pernah tercapai. keras betul hati ni. hitam agaknya. but never lose hope. terus berusaha, insyaAllah. 

Ok. im going to get married this coming June. Hope everything will go smoothly. umur 24 kahwin. mana ada awal. mak aku time dia 24 tahun anak dah 3 weyh!hikhik. Now, tengah prepare diri. more on my self. kalau kawen bulan 6, maknanya tahun ni raya dah jadi isteri orang. my Godness, masak rendang pon tak pandai lagi ni. T.T Others preparation, jangan tanya lagi. seriously tak buat apa-apa lagi. in fact, kursus kawen pon tak pergi lagi.T_T

Last two weeks, ada orang tanya aku, kenapa nak kawen awal. aku just senyum sambil pandang muka dia. then, dia wat muka tak bersalah terus pandang depan. baru pandang.dah takottt!:PP Let me clarified on this. 

kenapa nak kawen sekarang. Jawapan mulut is: I already 24. kira masa yang elok dah nak kawen. degree dah ada, kerja dah kukuh, so nak tunggu apa lagi. Encik tunang pon dah dekat 5 tahun dia tunggu saya dengan sabar.before dia angkat kaki, baik kitorang kawen je.:P Jawapan hati pulak: dah lebih 5 tahun bercinta, have to admit, dah banyak sangat dosa rasanya. setiap hari jumpa. even tak buat apa-apa, tapi tahu tu dosa. tak boleh nafikan dah, memang haram hukumnya. kesana- kesini berdua. pergi kerja sama-sama, balik sama-sama. kadang-kadang rasa macam tak berkat je duit gaji tu. jadi memang sy nak nikah dengan dia. bukan desperate, tapi rasa macam takot kalau mati sebelum nikah. takot dengan dosa sendiri. so, thats why i decide to kawen on 24th.

my only hope is, 2012 jadi buku baru. nak jadi muslimah yang lagi dekat dengan Allah. satu hari nanti, kalau ada anak teringin nak pakai tudung labuh dengan jubah. semoga pernikahan kami nanti menjadi titik perubahan buat kami berdua, moga rezeki menjadi lebih berkat. moga jadi lebih taat. ^___^