Subscribe:

serious. 
tak boleh bla aku tengok muka kau ni. 
aku dapat rasa kau pun bukan boleh bla jauh mana pun. 
hidup kau serupa langau la!

DIA

Sungguh jatuh lagi aku naik semula. 
Walau seluruh dunia telah meninggalkan aku keseorangan sahaja. 
Kerana yang menilai aku bukanlah mereka. 
Tetapi Dia Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang atas segala-gala.

made in Malaysia

Dok kecoh sana sini. Promote kesana kemari.
Suroh orang beli barangan buatan Malaysia.
Kamon!support la barangan Malaysia.
Takkan nak harap orang dari China beli kereta kita?
Berkesan sungguh promosi yang proton buat.
Sampai kereta saga 1.6 ni takda stock.
Takda stock weyh!

workload #1







Sudah dua kali ke Labuan.
Kehidupan di Labuan yang jauh lebih teruk dari Kuala Lumpur.
Makan mahal, teksi mahal, semua pon mahal.
okay, aku anak Kuala Lumpur la!

Takda apa pon yang best kat Labuan?
Mana ada barang murah- murah.
Barang import ye murah.
Barang tempatan mahal gila kot.
Dorang kata KK lagi murah. aku tak taw. sebab aku tak pernah pergi KK lagi~





kuning raja

kain songket kuning raja ni tak lawa ke? aku rasa macam dah ok je.
^__^

future-

terasa macam nak sambung belajar. nak buat master. bukan tak bersyukur dengan apa yang ada sekarang. cuma aku rasa aku boleh dapat yang lebih baik kalau ada master. **ni ayat penyedap hati je** in fact, aku rasa takda kesudahan kerja macam ni. gila! bangun pagi, pergi kerja. cukup masa lunch. cukup masa balik. wehhh~bosan la!!
the worst thing is bila aku bangun pagi, tengkok aku rasa sakit, kepala berat. ni semua petanda minta aku berhenti. HAHA.
Ni gambar keluarga aku. seronok dorang aku dapat degree. tapi kalau dorang taw time belajar aku banyak skip kelas, mesti dorang tak datang konvo aku.:PP ni pulak gambar en. tunang.**macam pelik je bunyi** seronok dia aku dah abes belajar. dengan harapan boleh kawen la tuu. kalau bagitahu dia pasal master, ntah apa la reaksi dia.

tunangan orang.:))

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon. Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram. Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan? Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting? Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya. Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut. Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
MAKA, SAYA MEMANG SUDAH LAMA JADI TUNANGAN ORANG RUPANYA.:pp

G.R.A.D.U.A.T.I.O.N (part 2)

pictures on the day. of course tak banyak, sebab tak amek kuar lagi dari kemera jamal. ni pon hasil rembatan dari album org len. heee~

G.R.A.D.U.A.T.I.O.N. (part 1)

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
And we would get so excited and we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair
And this is how it feels

As we go on 
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
From whatever
We will still be
Friends Forever

So if we get the big jobs

And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels

Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly






opis 1

mood: mengutuk orang
dekat opis aku ni. ada sorang orang tua.memang annoying gila. mula-mula aku masuk 2, aku rasa macam dia ni okey je.tapi bila lama-lama aku mula rasa lain.
setiap hari:
dia akan complained semua benda kat company ni tak betul. dia je yang betul. kerja dia lain, tapi dia wat kerja lain. kalau bab menyebok hal orang lain tu memang nombor satu la. lagi- lagi pula kalau bab cari salah orang. dia je yang betul. tapi tuhan tu kan adil. setiap hari ko nak mengata orang memang tak dapat la kan? satu hari, chairman datang Malaysia. then si orang tua yang selalu sibuk hal orang len ni, dapat berbakul maki dari chairman. [sibuk jaga kerja orang sampai kerja sendiri terabai]
mula- mula tengok dia kena maki, aku rasa cam seronok. tapi bila sepanjang hari asek kena maki je, kesian lak aku tengok dia ni. yelah, orang tua kot. dah patot dok uma jaga cucu dah pon!!
kadang- kadang aku rasa waktu dia muda dulu dia tak menikmati zaman muda. haha. sebab perangai lagi lahanat dari budak2 muda.
aku pon tak paham napa aku mesti tulis pasal orang tua ni dalam blog ni. eh, rasa cm aku dah terikut perangai dia. hahaha
dah. chiaw~

no title

hari ni tergerak hati untuk berblog. bukan untuk apa. saja. terasa nak meluah perasaan.
aku memang bengang gila. bukan salah aku, tak pasal-pasal aku yg kena tanggung kesan dia. memang bodoh gila. aku takda wat salah apa-apa, tetiba akaun fb kena hacked.haahhaha. memang siap la sapa yang p reply "msg" yang fb aku hantar tu. bersiap sedia untuk jadi mangsa hack seterusnya.
:PP

malam dirumah

melihat aidil memaksa kura-kuranya berlumba.
mula terfikir.
mudahnye hidup seorang budak.
:)

what a morning

They are keep playing around with us.
never mind.
:))

still in learning a process

SEKARANG [bahagian gembira]
-aku dah habis belajar.bulan oktober dah boleh konvo.
- aku dah nak dapat lesen P.
-aku dah kerja.
-aku dah dapat gaji pertama.
- aku dah dipromotekan untuk pergi ke labuan dan dapat gaji dalam USD. 

SEKARANG [bahagian derita]
-aku dah abes belajar, tapi xpasal2 kena blacklist gn ptptn.grrrrr...
- aku dah nak dpt lesen P, tapi terngiang2 lagi mcm mana aku boleh langgar tembok time belajar mandu 2.siap kena marah lagi.grrrr...
- aku dah kerja, tapi aku kerja jauh dari uma.kua kerja time gelap, sampai uma pon time gelap. hmm..:((
- gaji dah dapat, dah tolak2 hutang kat abah, ape pon xle beli.haih!
-sebelum aku p labuan, aku kena prepare macam2 paper work.kena baca mcm2 act. DERITA bila xda sape-sape dah nak terangkan kat aku bila aku mls nak baca. lagi bertambah derita bila dipaksa masuk kelas mandarin.demm~



p/s: Cuba utk tak jadi manusia yang tak reti nak bersyukur. 

air terjun hiasan


tempat lain ada ke air terjun hiasan warna macam ni?
tak ada kan??
rawang je ada benda eksotik macam ni.
haiah!

hancur hati...

pernah tak korang rasa kecewa gila-gila.
kecewa bila seorang yang korang pertahankan selama ni khianat kepercayaan korang?
apa perasaan korang kalau itu berlaku dekat korang?
apa yang korang buat bila benda ni terjadi.
:
:
:
:
ni lah yang berlaku dekat aku. semua orang bercerita pasal kau. aku buat bodoh je. macam- macam aku cari untuk pertahan kan ko dari mereka. sampai lah ada yang nasihatkan aku..."Fiza, baik kau tengok dengan mata kau sendiri. tengok intro je cukup la".

Bila semua memaksa, aku terpaksa mengalah. balik rumah, aku cari benda yang dorang perkatakan tu.

Dah tengok sikit, benda pertama yang keluar--"P*****k, memang kau Anuar!!"deyyymmm~

tak guna punya orang tua.berapa banyak orang belakang kau, sekarang semua dah terdiam. sia-sia apa yang kami pertahankan selama ni. dah tua pakcik oiii!!!tak sedar-sedar tu napa???

--aku suka cara dia berfikir. intelektual dia. sekarang, yang hanya mampu aku buat, tunggu kemunculan bendera baru atau bendera lama dengan nafas baru.--

empat tahun kami berdating..

:
:
:
:
kejap je masa berlalu.
rilex.rilex. november 2012 takjauh mana dah.
:))

kenangan april

15th April 2010, Jumaat.
Seorang lagi nenda kesayangan diambil Illahi. Raja Azizatul Akma Raja Ailan Al-haj. Arwah memang sakit kanser. Dah bertahun menderita. Akhirnya Allah datang menjemput dia. Alhamdulliah, arwah pergi hari jumaat, penghulu segala hari. Time azan zuhor lak tu. n memang rezeki arwah, semua urusan pengkebumian selesai petang tu jugak.

16th April 2010, Sabtu.
Pergi ke Perak. niat nak lawat opah je.tapi dah alang-alang, drop kat rumah arwah ayah ngah kejap. sejak arwah meninggal, memang dah xjumpa anak-anak arwah. dekat 4 tahun dah.
masuk je simpang kampung arwah, kami dah terlupa jalan mana nak ambil.nasib baik ternampak sekumpulan budak-budak tengah main badminton.niat nak tanya budak-budak tu, tapi tak sangka alang[anak arwah] ada dekat situ. aku dengan excited nya panggil alang. budak tu nampak terkejut. berair mata dia bila aku panggil dia alang. dekat lima minit dia diri depan aku, baru dia cakap.."kita kenal kakak ni, tapi siapa ye?ni sedara belah arwah ayah ye?"..Ya Allah, perasaan aku time tu, memang sedih gila..anak arwah dah tak kenal kami..
Then, aku ajak dia naik kereta and suroh dia tunjuk mana rumah dia. time dalam kereta dia pandang aidil sambil kesat air mata...**aku rasa dia tengah bandingkan diri dia dengan aidil..beruntung sebenarnya kita ni dikk**
Bila sampai je rumah dia, dia turun sambil panggil mak dan abang-abang dia cakap "Mak ada orang datang.naik kereta.alang rasa sedara ayah dari KL.tapi alang tak ingat yang mana satu.."**aku pandang muka mak, mata mak pon berair..sedih tengok kehidupan darah daging dia macam ni...**
Time kitorang orang datang dah petang, jadi dekat pekan tadi, just decide untuk beli satay untuk sepupu-sepupu aku ni. tak sangka, dah empat tahun ayah dorang pergi, empat tahun jugaklah dorg tak jamah satay.:(
bila aku dah cerita-cerita sikit, baru yang si abang ingat, aku yang mana satu. sedihh weyhh..sepupu sendiri hidup susah, padahal dekat KL ni sedara banyak. tapi tak de siapa ambil peduli hal mereka dekat sana. makan, minum semua urus sendiri. aunty nora aku setakat boleh kerja kilang je untuk tampung kehidupan mereka.


Time nak balik, busu cakap kat aku " abang fiza pernah pergi kubur ayah kita tak?kita tak pernah pergi.last pergi time ayah meninggal. kawan-kawan tanya pon, kita tak tahu nak jawap macam mana. boleh tak raya tahun ni abang fiza bawak kita pergi ziarah kubur arwah ayah??"
akhirnya--air mata aku jatuh jugak.T____T


**Dalam kalangan bugis, sepupu perempuan yang lebih tua, kita panggil abang**

kalau saya yang anda pilih(",)

"Kalau anda undi saya pada pilihanraya akan datang ini, saya berjanji tidak akan ada lagi masalah kesesakan jalan raya di sepanjang jalan RAWANG-BATU ARANG. terutamanya pada waktu pagi dan malam."

::daaammmnn!sangat tertekan okey.apa masalah sebenarnya ni?jem macam nak mati.pagi-pagi pukul 5.30 aku dah bangun.siap-siap semua. belum azan subuh, aku da siap pakai telekong duduk atas sejadah. bukan nak cakap alim ke apa, tapi kalau terlambat beberapa minit untuk sembahyang memang alamatnya aku akan terlepas bas pkul 6.20 dan seterusnya tersangkut dalam traffic jam. macam bodoh kan?kadang-kadang sembahyang pon dok terfikir pasal bas.aduhhhhh..kusyuk entah kemana. tapi ini real beb!
kalau amek bas 6.30, memang 7.20 baru sampai pekan rawang. WTH??sejam untuk Country homes-Rawang.
belum kira jem dekat pasar borong selayang, wahyu and jalan ipoh.memang sampai ofis muka aku tak boleh senyum sampai lunch la kan.

::muka dah tak boleh senyum pagi-pagi.sekarang time balik lak.still masalah yang sama.traffic jam.muka memang tambah ketat. boleh gila kalau hari-hari macam ni.

::tambah kemusykilan aku, bila wujudnya bazar malam ala-ala uptown dekat tepi jalan tu.benda tu memang khas untuk tambah kesesakan atau memang tempat untuk kerajaan negeri habiskan duit rakyat dengan benda yang tak berfaedah? mamang aku tak faham apa fungsi sebenar bazar malam ni. tak nampak hidup lansung pulak tu.

::tak dapat bayangkan kalau nanti dekat emerald tu ada jusco pulak.eh, betul ke dorang tengah buat jusco?ke sekolah cina? apa-apa pon projek tu memang akan membantu lagi meningkatkan kadar traffic jam disini. terima kasih kerajaan. memang kos buat jalan lagi mahal dari kos buat jusco kan??apalah sangat kepentingan rayat ni kalau nak dibandingkan dengan kepentingan poket mereka kan?

::aku pon konfius aku ni parti kaler apa. tapi rasa macam nak tubuhkan parti baru.KALAU SAYA LAH YANG ANDA PILIH...HA HA HA~::

hari-hari saya bersama dia

[sabtu]
On saturday morning, jamal kerja.then around pukul 4 kami keluar.bertiga. supposely pergi Rawang je.so, pakai baju macam pergi pasar je. [banding kan rawang dan pasar]demm~
But then, atas permintaan ayed, kami pergi Wangsawalk.haha~
yang aku suka cuma aktiviti makan-makan je.dorang menyanyi, aku masih makan-makan sambil jadi juri pro.after tu, terus gerak balik.
DUA-DUA PON DAH GEMOK.T___T.
[ahad]
Pagi-pagi buta lagi dah keluar. 
Harini niat baik sikit, bawak adik-adik pergi ke Desa Waterpark. 
Semangat sangat sampai tempat tu belum buka, kami dah sampai.
Seronok lihat mereka seronok.

JAMAL SEBAGAI LEADER~
ADRIANA-AIDIL

[isnin]
off dari kerja. supposely jamal sorang yg interview keje.tapi, dalam pukul 10, aku lak dpt offer. dapat interview 2 tempat dalam 1 hari. Alhamdulillah. sangat bersyukur. jamal pulak tolak offer 2, sebab tak berbaloi. then, petang after aku interview, dapat satu berita sedih.
JAMAL BENGANG SEBAB SESAT~
PUNCA UTAMA KENAPA SY SELALU KENA MARAH.HA HA~

p/s:Al-Fatihah buat pakcik Jamal yg dijemput Allah petang semalam.
Mati itu pasti.janji Allah juga pasti.

..dilemma..

I wish for many things.
I've work for it, and now is the right time to prove to them.
but there are a things that come out of my control.
I never think about it before.and it comes to me.
damn!
Both of it important for me.how??
banyak lagi yang tak terbalas. tak terucap kat mulut bila melihat mereka.
im just not ready yet.
before i leave my single life, i've to do what i have and should do.
sorry.ini semua utk mereka sebab mereka sangat bermakna dalam hidup saya.
tiada mereka, tiada saya.
just give me another years.
..dilemma..

::wish::

Sometimes I wish that I was a kampung and naiff girl.
A girls that dont have any qualification or higher educational background.
I wish I was that.
But I can't.
:((
:
:
:

::kemesah II::

entry agak terbalik.patotnye talk bout hari ni dulu, then baru cerita pasal perancangan esok.tapi sekarang dah terbalik. apa-apa jelah!

lets see apa yang telah terjadi hari ini.
supposely pergi rumah toksu je. with mak, am, jamal n yana[jamal's younger sis]
tiba-tiba sampai uma toksu, jumpa pulak abah dengan aidil. aidil memang dari pagi dah ikot abah pergi kerja dekat kemensah. sungai kan. abah kerja-aidil mandi.
yana apa lagi, terlompat-lompat lah nampak aidil. nangis-nangis nak ikot. 
abah dengan tak cakap banyak nye, bawak yana sekali pergi tempat kerja.
aku tengok time abah bawak yana naik kete, muka jamal dah lain.
hahahaha.takot adik dia hitam la 2!
kitorg tak dapat dapatt follow time tu, sbb jamal ada hal nak cakap dengan toksu.

dekat sejam later, baru kami menyusul ke kemensah. 
sampai-sampai tengok aidil ngan yana dah mandi sungai.
^__^
jamal konon- konon pantau dari atas.
dalam hati jamal: menyesal aku tak bawak baju lebih. kalau tak boleh mandi dengan budak- budak ni.
hahaha


::kemensah 1::


atas ni gambar bukit tabur.
bukit tabur tu dekat melawati la!
dah lama kot kami usha2 tempat ni.
[kami--aku, am, jamal]
nama je anak gombak, tapi xbape nak taw, cane jln nak masuk cni.
maklumlah, dah dekat 10 tahun dok rawang!-dah boleh jadi ank jati rawang pon-
sebenarnya am yang start dulu pasal bukit tabur ni.nak p panjat la.nak p mancing la.
mak pulak tambah2 lauk.konon time muda2 dulu dia da naik.-tak nak mengalah tu!-


ini pulak dam kat kemensah.area2 bukit tabur la.
lupa nak bagitau, jamal sekarang gila mancing.tambah pulak gn adik bradik aku yang jantan tu. dah macam2 yang dorang plan. and dam ni one of their plans!- blm masuk plan gn pakcik aslam 2!!-
yang paling tak boleh bla, sekarang abah pula dan2 dapat keje kat kemensah,
so, dah dekat dua minggu lah kitaorg usha2 jalan masuk p sini.
and, am gn shena dah jumpa kot jalan masuk dam ni!!
esok kami sume mau try pergi!yeahh~~


thank encik G.utk gambar di atas.^.^

::modal::

tadi jalan-jalan online.
buka page sana-sini. 
sekali terjumpa ini


nothing much to say.
just: dah kalah.xda modal.macam2 lah keluar!

  -politik lah pulak-
=.="

::melayang::

petang tadi bawak aidil pergi main layang-layang. dekat kepong.*trend sekarang-->kalau nak main layang-layang sila ke kepong.ntah apa yg strategiknya pon aku tak paham.haih~
ni bukan lah kali pertama pergi main layang-layang ni.tapi ni kali pertama aku dapat rasa perbezaan layang-layang aku dulu dengan layang-layang aidil sekarang.

1997.
tahun ni umur aku ala-ala umur aidil sekarang. main layang-layang time ni bermusim. kalau tengah musim guli, semua beli guli. musim daun terup tepok-tepok tu, semua pakat p beli benda tu. same thing goes to layang-layang. kalau kedai mamak bawah tu da mula jual layang-layang, kira da musim layang-layang la tu!
murah je kot layang- layang time tu, satu lima posen.pastu sambung ngan tali sendiri.selalunya benang mak la jadi mangsa rembatan kami.haha.
beli layang-layang 50 sen ni pon kalau ada duit simpan lebih. kalau nak minta mak abah duit memang haremm la nak dapat.
paling best bila time wat layang-layang sendiri.
*meh sini aku ajar cara nak buat layang-layang versi aku kanak-kanak**
  • benda asas yang kena ada--> 
    • plastik-selalunya plastik sampah mak, kita orang kerat dua.satu aku, satu wan..
    • lidi.ini penting sebagai tulang balakang layang-layang kita. and of course la lidi penyapu mak yang kami sesah. amek yang ujung-ujung.tebal sikit.:P
    • salotep.ni untuk lekatkan lidi ngan plastik.
    • benang-ok, ni yang last.dan paling penting. kadang-kadang kalau mood abah baik, abah bagi tali ikat batu dia sikit.*abah aku buruh, jadi memang banyak tali ikat batu.
kalau hari sabtu nak main layang-layang, dari pukul dua aku dengan wan dah buat preparation. tepat je pukul lima, kita orang pergi padang. tak kira la ada angin ke takde angin. yang penting dapat lari sambil pegang layang-layang. kalau penat lari balik rumah, minum then sambung lari kat padang. nak dapat 20 sen dari mak memang payah la...

2011.
zaman aidil. okey.order je.kakak, jom ajak jamal pergi main layang- layang nak tak? kalau jawapan aku tak, memang seminggu la aidil mengungkit tak habis-habis.T__T
mana dia nak main layang-layang kat padang tu. aku cakap kat dia--dulu kakak ngan abg iwan buat sendiri je layang-layang. lepas tu lari je kat padang.yang penting seronok. tahu dia jawap apa?--"itu zaman kakak la!sekarang mana ada dah macam 2!" mak aih budak ni~
then sampai kepong. kena pulak beli layang-layang. rm5 paling murah. dulu 50 sen je kot~berganda-ganda naik nye!
dah aku belikan layang-layang, dia komplen plak--angin xda.macam mana layang-layang nak naik. *haih la budak~
lepas dah penat main tu, minta pula singgah minum kat mana-mana.. *senangnya hidup kau budak oii!

sekarang aku terfikir. ini baru beza aku dengan adek aku. kalau dah ada anak nanti,, besar mana pulak beza 2?

::saturday::

today is saturday.saturday is a bosan day. damn!!
tido-bangun-makan-on9-tido balik.
bosan!!!

::mampos::

Subject: RE: PENGESAHAN STATUS PELAJAR TAJAAN JPA (PROGRAM BUKAN KRITIKAL) UNTUK PEMBAYARAN

Cik Azhan,

Maaf di atas kelewatan penghantaran senarai nama pelajar UM untuk dibuat pengesahan. Perkara ini terjadi kerana berlakunya pertukaran pegawai yang menyelaras pelajar tajaan JPA di UM iaitu En Alif yang menggantikan sementara tempat Puan Norliza yang sedang bercuti bersalin.

Saya telah meminta En Alif untuk mengemukakan senarai pelajar tersebut dengan kadar segera. Walaubagaimanapun memandangkan Jabatan ini belum menerima peruntukan bayaran bagi tahun 2011 , maka dianggarkan kesemua pelajar bidang bukan kritikal bagi Sem II 2010/2011 hanya akan menerima biasiswa mereka pada pertengahan bulan Februari 2011.

Mohon juga kerjasama pihak Cik Azhan untuk mewarwarkan perkara ini kepada pelajar bagi mengelakkan sebarang kesulitan di kedua-dua pihak. Sebarang pertanyaan mengenai senarai tersebut boleh berhubung terus dengan En Alif di talian 0388853396.

Sekian, harap maklum.

Norfairus binti Tarudin
Penolong Pengarah
Unit LSP Dalam Negara
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Tel : 03-88853378
Faks : 03-88810745
Email : norfairus.tarudin@jpa.gov.my

Makluman kepada semua mahasiswa Universiti Malaya yang dibawah JPA.

--bengong la dorang ni.adehhh.bole lak lambat wat pengesahan.hmm..tapi aku tertanya2,,Accounting ni bukan kos yg kritikal ke??
=.='

::2011::

2011..
cepatnya masa berlalu..dah 2011 pon. tak terasa untuk bercakap tentang azam. sebab aku memang tak pernah follow-up azam aku. so, just wanna wish that i'll get a better life after this. yeeaahhhh! aku seronok dengan kehidupan sekarang. bersyukur dengan segala yang Allah beri. segan~ Dia tak pernah lupa untuk memberi walaupun aku selalu lalai untuk mengingati. seronok tinggal kat rumah mak abah FULLTIME! seronok dengan internship aku. seronok dengan part-time business. memang banyak rezeki hujung tahun 2010 ni.--SGT BERSYUKUR--
Internship-- best. seronok. sebab audit takde r sepayah mana yang aku bayang kan! cume bosan bile tiba time lunch! SUMPAH!ak memang rindu kawan2 sepemakan aku.haha. aku lunch sorang2.T___T.  sebab kat company tu semuanya cina. aku je melayu. budak2 tax ngan akaun department ada.tapi mana nak kenal??dorang letak asing2 pejabat! rehat pon tak sama. nasib baik la ada si simon 2. ada gak aku kawan nak bercakap. n dorang memang tak pernah sisihkan aku.cuma xle makan sama je. sbb dorang tak suka makanan melayu. dan aku?? takkan nak makan makanan dorg lak! GILA~
Part time-- masyukkkkk!
2011-- Ingin perbaiki segala!