Subject: RE: PENGESAHAN STATUS PELAJAR TAJAAN JPA (PROGRAM BUKAN KRITIKAL) UNTUK PEMBAYARAN
Cik Azhan,
Maaf di atas kelewatan penghantaran senarai nama pelajar UM untuk dibuat pengesahan. Perkara ini terjadi kerana berlakunya pertukaran pegawai yang menyelaras pelajar tajaan JPA di UM iaitu En Alif yang menggantikan sementara tempat Puan Norliza yang sedang bercuti bersalin.
Saya telah meminta En Alif untuk mengemukakan senarai pelajar tersebut dengan kadar segera. Walaubagaimanapun memandangkan Jabatan ini belum menerima peruntukan bayaran bagi tahun 2011 , maka
dianggarkan kesemua pelajar bidang bukan kritikal bagi Sem II 2010/2011 hanya akan menerima biasiswa mereka pada pertengahan bulan Februari 2011.
Mohon juga kerjasama pihak Cik Azhan untuk mewarwarkan perkara ini kepada pelajar bagi mengelakkan sebarang kesulitan di kedua-dua pihak. Sebarang pertanyaan mengenai senarai tersebut boleh berhubung terus dengan En Alif di talian 0388853396.
Sekian, harap maklum.
Norfairus binti Tarudin
Penolong Pengarah
Unit LSP Dalam Negara
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Tel : 03-88853378
Faks : 03-88810745
Email : norfairus.tarudin@jpa.gov.my
Makluman kepada semua mahasiswa Universiti Malaya yang dibawah JPA.
--bengong la dorang ni.adehhh.bole lak lambat wat pengesahan.hmm..tapi aku tertanya2,,Accounting ni bukan kos yg kritikal ke??
=.='