Subscribe:

2013

wohohoho. dah 2013. cepatnya masa berlalu. sikecik ni pon dah makin membesar. insyaAllah lagi dua bulan je duduk dalam perut ibu ye baby! keluar nanti jadi anak yang soleh, yg taat perintah Allah, Rasul, Ibu and Baba okey! Excited. takut pon ada.

Ramadhan 2012

Cepatnya masa berlalu. baru sekali update pasal kawen. gambar kawen pon tak sempat siap lagi, kami dah dapat berita tentang kehadiran junior kat dalam ni haa..Cepatkan masa berlalu?
June tahun lepas, aku dapat kerja yang pertama, oktober aku konvo. oktober gak kami buat keputusan untuk pergi ke peringkat yang lebih serious. alhamdulillah, lepas apa yang kami harungi june kami selamat dinikahkan. julai dah dapat berita dan kalau di izin Allah, Mac lahir lah tanggungjawap baru kami.
Excited. siapa yang tak seronok, usia muda dah nak dapat anak. ni lah harta aku. harta yang aku akan letakkan pelaburan tapi belum tentu dia bawa keuntungan. tp aku percaya Allah. Aku bagi yang terbaik, InsyaAllah akan dapat yang terbaik juga.
Ramadhan. pertama kali aku bergelar isteri. alhamdulillah semuanya baik. harap kekal berpanjangan sampai ke akhirnya.

Alhamdulillah.



Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz [aku syak laki aku hapal bende ni dah lama], aku sah menjadi isteri Mohd Jamal Zukarnain.


Muka suka dapat kawen. ishk3..


Muka cam kena paksa kawen la pulak. 


Apa- apa pon kami telah selamat diijab kabulkan. dah mula hidup sendiri dah pon. Allah saja yang dapat membalas jasa mereka yang banyak membantu kami. Doakan kesejahteraan hidup kami, doakan kami kekal hingga ke syurga, doakan kami dah tak gadoh2, doakan segala yang terbaik utk kami.
:')